Memasuki tahun 2021, wabak COVID-19 dilihat menunjukkan peningkatan sehingga mencecah sekitar 3,631 kes harian setakat 19 Januari.
Selepas sambutan Tahun Baru 2021 yang diadakan di beberapa lokasi seluruh Malaysia, kelihatan ramai individu dijangkiti virus tersebut.

Seorang influencer yang dikenali sebagai Zahir Ariffin dan isterinya, Saidatul Amin juga merupakan salah seorang individu yang dijangkiti virus berkenaan selepas menjadi kontak rapat temannya yang juga positif virus pandemik itu.
Semenjak 15 Januari lalu, Zahir ada kongsikan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19 yang ditempatkan di pusat kuarantin MAEPS, Serdang.
View this post on Instagram
Sepanjang tempoh dikuarantin di MAEPS Serdang, Zahir terpaksa berjauhan bersama Saidatul kerana isterinya kini sedang hamil dan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Menurut Zahir, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan kemudahan yang secukupnya buat mereka yang menjalani kuarantin di sana.
Dalam masa yang sama, Zahir turut berharap agar dengan perkongsiannya itu dapat memberi maklumat kepada mereka di luar sana serta dapat dijadikan sebagai tempat rujukan sekiranya ada antara pembaca yang turut dijangkiti virus tersebut.

Semoga kisah yang dikongsikan oleh Zahir ini dapat mengubah perspektif kita terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut serta membuka mata tentang kemudahan fasiliti yang disediakan oleh pihak berkuasa.
Teruskan duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada urusan penting #KitaJagaKita
Sumber foto dan video: Instagram Zahir Ariffin
Post comments (0)