Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Thread Seram Kena ‘Ceroboh’ Dengan TNB, Netizen Terhibur Admin Terlebih Prihatin

today2 November 2020

Background

Bagi mereka yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk berhubung, pastinya akan menggunakan dengan sebaiknya untuk mendapatkan apa-apa maklumat.

Seperti contoh kalau nak buat aduan kepada mana-mana syarikat perkhidmatan atau mendapatkan bantuan lanjut.

Tapi macam mana pula kalau tiba-tiba twit anda di Twitter secara tiba-tiba mendapat perhatian daripada syarikat besar walaupun anda tidak menyebut nama mereka secara specific?

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai AbstaraKim telah memuat naik satu twit  pada 1 November lalu berkenaan thread yang ditulisnya.

Thread itu hanya menyebut tentang ‘lupa bayar bil elektrik’ yang mana isi kandungannya ialah mengenai kisah seram tetapi yang muncul ialah admin Tenaga Nasional Berhad…

Orang ingat kalau tulis thread cerita seram kena ganggu dengan hantu, tapi sebenarnya lebih dari itu. Huhu.

Twit berkenaan telah mengundang gelak ketawa ramai pengikutnya yang beranggapan ia sebagai satu perkara lucu.

AbstaraKim sering kongsikan kisah seram di laman Twitter miliknya dan tidak disangka twit itu akan mendapat perhatian daripada admin TNB.

Ada yang beranggapan bahawa admin TNB sedang dalam usaha untuk menyelesaikan masalah mereka yang mempunyai kesulitan berkenaan gangguan bekalan elektrik.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

“Apa Ikan Jenazah?” – Lelaki Ini Suruh Teka Pekerjaan Isteri, Tapi Lain Yang Netizen Teka

Bukan senang rupanya nak baca tulisan doktor, hanya yang ada skills saja boleh faham apa yang mereka tulis. Kalau tidak, macam inilah jadinya nanti. Habis semua perkataan keluar.Gambar kedua yang dimuat naik lelaki itu juga mencuit hati kerana dia memberitahu isterinya melalui WhatsApp yang hanya nombor 5 saja dia faham, yang lain dia tak tahu.Apabila si isteri menulis semula senarai itu di mesej, ternyata ia memudahkan lagi kerja si suami untuk […]

today2 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *