Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tidak Tahan Dengan Bebelan Isteri, Lelaki Ini Panjat Menara Telekomunikasi Sejukkan Hati

today1 October 2020

Background

Lain dari yang lain. Selalunya bila suami isteri bertengkar, perkara kebiasaan yang sering dilakukan adalah berdiam diri, tidur berasingan ataupun keluar dari rumah sebentar.

Tetapi lain pula dengan lelaki dari pekan Moradabad, Uttar Pradesh, India ini yang bertindak luar biasa apabila memanjat ke puncak menara pencawang telekomunikasi kerana muak mendengar bebelan isterinya.

Bosan isteri kuat membebel, suami panjat menara telekom untuk sejukkan hati - The Reporter

Lelaki yang dikenali sebagai Tejpal Singh itu bertindak demikian untuk menyejukkan hatinya yang panas gara-gara pertengkaran dengan isterinya.

“Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu,” katanya.

Lebih mengeruhkan keadaan, dia enggan turun apabila diminta orang ramai yang melihat kejadian. Alahai, kesian pula melihatnya.

Tejpal turut berkata, dia tidak mahu meneruskan hubungan itu lagi.

“Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini,” kata Tejpal memetik laporan berita tempatan.

Man climbs mobile tower after fight with wife | Man climbs mobile tower after quarrel with wife, persuaded to come down | Trending & Viral News

Tidak mahu perkara berlaku di luar kawalan, pihak berkuasa tempatan dan polis menyelamatkan lelaki itu dengan meyakinkannya untuk turun dari menara pencawang telekomunikasi itu.

Ini adalah perkahwinan kedua Tejpal dan pasangan itu sudah banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu. Kejadian itu turut mencetuskan reaksi netizen sehingga trending.

Semoga tabah ya Tejpal!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

collage

Sosial

‘Nak, Maafkan Mama Ya?’ – Kisah Anak 10 Tahun Yang Diseksa Oleh Ayah Dan Dibuang Oleh Ibu

Seorang kanak-kanak telah ditinggalkan di stesen minyak oleh ibu bapanya sendiri bersama-sama dengan sepucuk surat disebabkan kelakukan yang terlalu nakal dan suka mencuri, lapor Kompas. Kejadian yang berlaku di Pangkalan Kuras, Riau, Indonesia tersebut sebelum ini viral di media sosial apabila dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter. Kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut memakai jaket merah dan mengalami luka di bahagian kiri wajah, dia ditemui oleh... Klik sini untuk baca artikel […]

today1 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *