Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

TMJ Bakal Timang Anak Ke-4, Instagram CP Khaleeda Dihujani Ucapan Tahniah

today18 January 2021

Background

YAM Che Puan Khaleeda Bustamam ialah isteri kepada Putera Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris.

Pasangan diraja ini telah bernikah pada tahun 2014 dan setakat Februari 2021, mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Terbaharu, CP Khaleeda telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada 17 Januari 2021.

Dengan caption ringkas “With my bubblegum?” yang ditulis, perkongsian itu telah dihujani ucapan teruja dan tahniah kerana perubahan bentuk tubuh CP Khaleeda yang dikatakan sedang hamil.

Selain itu, CP Khaleeda juga mengucapkan terima kasih atas ucapan baik yang orang ramai berikan.

Ucapan tersebut juga menunjukkan beliau mengiyakan ucapan yang diberikan mengenai kehamilannya yang ke-4.

Kami di Hot FM tumpang gembira dengan berita ini, congratulations!

 

Sumber: Instagram YAM Che Puan Khaleeda

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Catriona Rose Tegur Pereka Fesyen Belanda

Isu & Kontroversi Baju kurung merupakan busana yang sering digayakan oleh para wanita di Malaysia sejak dari zaman dahulu lagi. Daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa, busana ini ternyata menjadi pilihan kesemua bangsa tidak kira Melayu, Cina mahupun India terutama ketika urusan rasmi negara. Oleh itu, tidak hairanlah apabila pengasas jenama Nala Designs, Lisette Scheers ini dikecam hebat oleh para netizen apabila Scheers mendakwa bahawa busana yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia itu... […]

today18 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *