Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Tolong Cik, Bapa Saya Sudah Tenggelam’- Nelayan Bot Karam Selamat, Bapanya Masih Belum Dijumpai

today9 October 2020

Background

Hati anak mana yang tidak sedih selepas mendapat tahu bahawa bapanya telah hanyut di tengah laut.

Syukur Allah masih panjangkan usia seorang nelayan ini selepas dia berjaya diselematkan walaupun sudah beberapa jam hanyut di lautan.

https://www.facebook.com/100002892654627/videos/pcb.3084315145008210/3084313241675067/

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Sufi telah memuatnaik satu video pada 8 Oktober lalu menunjukkan saat  dia menyelamatkan nelayan tersebut bersama rakannya yang lain.

Syukur terhadap Illahi, hari ini saya bersama rakan2 telah menjumpai nelayan yang hanyut bot karam di perairan Batu Laut.

Namun difahamkan bapa nelayan tersebut masih lagi belum dijumpai kerana masih hanyut di laut.

Tolong cik, bapak saya sudah tenggelam.

Difahamkan nelayan tersebut bersama dengan bapanya telah turun ke laut pada awal pagi namun sekitar jam 10 pagi, bot yang mereka naiki telah karam dibadai laut.

Nelayan tersebut berada dalam keadaan yang sangat penat kerana telah bertahan selama berjam-jam di atas pelampung.

Pihak ambulans telah tiba di jeti Batu Laut, Tanjung Sepat dan nelayan tersebut telah selamat dibawa ke Hospital Banting.

Ramai netizen berasa simpati dengan nasib yang menimpa nelayan tersebut dan berharap agar bapanya dapat dijumpai dengan selamat.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (37)

Sosial

Bungkusan Ganja Dipercayai Dilontar Dari Negara Seberang Ditemui Di Sempadan Padang Besar

Jika sebelum ini kita sering membaca atau mendengar laporan berita bagaimana sindiket penyeludupan bersusah payah untuk menyeludup masuk dadah ke sesebuah negara. Bukan sahaja ada yang terpaksa mengubah suai kenderaan jika melalui jalan darat malah ada juga yang menggunakan khidmat keldai dadah sekiranya ingin melakukan jenayah itu. Namun lain pula ceritanya yang berlaku di Padang Besar dua hari lalu apabila pengedar dadah dari negara jiran menggunakan taktik bersahaja dengan melontar... […]

today9 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *