Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan trend bulu mata lentik atau pun eyelash extension yang semakin menjadi kegilaan ramai wanita.
Ada sesetengah daripada mereka sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk tampil cantik dengan bulu mata menawan.
Tidak salah jika mahu mencantikkan diri, namun sebagai umat islam, kita perlu tahu hukum hakam setiap perbuatan tersebut.
Untuk pengetahuan anda, eyelash extensions ialah satu kaedah yang digunakan bagi memanjangkan, menebalkan atau menyambung bulu mata asli sedia ada.
Eyelash extensions tersebut dibuat daripada beberapa bahan termasuklah bulu daripada binatang, sintetik atau bulu kuda.
Kaedah utama pemanjangan adalah dengan menggunakan pelekat untuk melekatkan bulu tersebut satu persatu secara berasingan pada bulu mata asli.
Ini bagi mengelakkan bulu-bulu mata tersebut daripada melekat antara satu sama lain.
Terpanggil untuk memberi kesan dan peringatan kepada semua kaum wanita, pakar bedah mata, Prof Datin Dr Muhaya Mohamad menerangkan tentang hukum membuat atau menyambung eyelash extensions tersebut.
Eyelash Extension. pic.twitter.com/fjibzt4t5n
— CikGaram (@sodiumchlorides) October 28, 2020
Beliau menjelaskan bahawa penyambungan bulu mata palsu pada bulu mata asli adalah haram kerana bulu mata adalah sebahagian daripada anggota wudhu.
“Sebagai pakar mata, saya sedang bercakap ni ya, siapa yang buat eyelash extension, di mana dia meletakkan bulu mata plastik menutupi atau bergantung untuk mendapatkan bulu mata lebat dimana bulu mata adalah anggota wudhu, so kalau plastik tu menutup walau sedikit pun, tak sah wudhu.”
Prof Muhaya turut memberitahu bahawa bukan sahaja si pembuat berdosa, malah tukang pembuat juga berganda berdosa besar kerana perbuatan itu.
“So bagi setiap orang yang buat benda ni, yang buat tu you dosa sendiri, yang customer ramai, yang buat home service, berapa orang yang tak sah wudhu, yang tak sah mandi wajib, berada dalam hadas besar”
“Bayangkan dalam keadaan berhadas besar dia bersama dengan suami, dapat anak pula tu, Ya Allah Ya Tuhanku…”
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada semua untuk berhenti melakukan penyambungan bulu mata.
“Dosa jariah beterusan, jadi STOP STOP STOP the action. Dari segi kesihatan pun tak bagus, taktahu apa chemical yang diletak, Wallahhuallam….”
Mari kita panjangkan perkara ini kepada adik beradik, saudara mara, kawan-kawan wanita supaya terhindar daripada perkara yang dilaknat oleh Allah SWT.
Post comments (0)