Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Video Pemuda Kena Saman Sebab Meniaga Carboot, MB Selangor Setuju Untuk Beri Bantuan

today12 October 2020

Background

Tidak dinafikan rakyat Malaysia ini memang ramai yang berhati mulia dan sanggup untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Sejak 10 Oktober lalu, tular satu video di Twitter menunjukkan seorang pemuda telah disaman oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di atas kesalahan berniaga tanpa lesen.

https://twitter.com/iszlqrn/status/1314918464323112960

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Azri itu merupakan seorang pelajar universiti dan menurut video berkenaan memberitahu bahawa dia berniaga bertujuan untuk membayar wang pendaftaran kemasukan ke universiti kelak.

Selepas kira-kira setengah jam berniaga carboot, dia telah dihampiri oleh pihak MBSA lalu mengeluarkan saman terhadapnya.

Ramai netizen berasa berang dengan tindakan pihak berkuasa berkenaan kerana tidak memberi peluang kepadanya yang sedang memerlukan wang tambahan.

Namun apa nak dibuat kalau itu memang tugas mereka sebagai pihak berkuasa.

Rezeki mereka di saat akhir apabila perniagaan mereka laku habis selepas kejadian saman berkenaan mendapat perhatian pengunjung di sekitar kawasan berkenaan.

Disebabkan tularnya video berkenaan, pihak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah menghubungi Azri bagi memberi bantuan supaya dia dapat terus berniaga di sekitar Shah Alam.

Lebih menyentuh hati apabila dihujung video berkenaan muncul seorang wanita yang memberi semangat kepada mereka untuk terus berniaga bagi mendapatkan wang halal.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Itali sekadar seri menentang Poland

Poland: Itali gagal memanfaatkan dominasi mereka apabila sekadar melakarkan keputusan seri tanpa jaringan ketika turun berdepan Poland dalam saingan Liga Negara-Negara Liga A, Kumpulan 1 di Gdansk. Itali kini mendahului kumpulan dengan lima mata, melebarkan rekod tanpa kalah sejak di bawah kendalian Roberto Mancini kepada 18 perlawanan. "Kami mempunyai beberapa peluang terutama pada babak pertama namun kami tidak gagal menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol," kata Mancini. "Padang dalam... Klik sini untuk […]

today12 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *