Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ular Terciduk Dalam Enjin Sebab ‘Oyen’

today28 September 2020

Background

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter @_Sysyaaa berkongsi pengalaman apabila pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dapat menangkap seekor ular yang menyelinap ke dalam enjin keretanya dengan bantuan seekor kucing.

Kejadian berlaku ketika beliau sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah tetapi ternampak kenderaan JPAM memasuki kawasan perumahannya.

Sumber gambar: _sysyaaa

Jelas @_Sysyaaa, terdapat laporan bahawa seekor ular sedang berada dalam enjin sebuah kereta.

Kucing yang dikenali sebagai Oyen bertindak membantu pihak JPAM dengan mengesan kehadiran ular tersebut. 

Sumber gambar: _sysyaaa

Oyen ketika itu, seolah-olah memberi isyarat kepada pihak JPAM bahawa terdapat seekor ular yang berada dalam enjin kereta. Ini kerana lazimnya, Oyen selalu bertenggek di atas kereta tersebut.

Sumber gambar: _sysyaaa

Menurut @_SysyaaaOyen berada dalam keadaan yang selamat dan masih mengenali dirinya walaupun pada mulanya Oyen bertindak agak agresif selepas insiden itu.

Sumber gambar: _sysyaaa

Ia juga mendapat reaksi pengguna lain di Twitter dan ramai berpendapat bahawa kucing memang bagus dalam mengesan ular dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka tentang kepantasan dan kecekapan kucing mereka mengesan ular.

Written by: Zulaikha Zaherman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *