Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ustaz Ebit Lew Beli 5 Buah Basikal Khas Untuk Rider Penghantar Makanan

today4 December 2020

Background

Terlampau banyak kebaikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew selepas satu persatu pertolongan dihulurkan oleh beliau untuk mereka yang tidak bernasib baik.

Pada 4 Disember, pendakwah terkenal itu telah membeli 5 buah basikal lipat untuk dihadiahkan kepada 5 orang pekerja penghantar makanan.

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sebab utama beliau memilih untuk menghadiahkan basikal ialah ada antara mereka tidak mempunyai lesen motor dan tiada kenderaan sendiri.

Dalam masa yang sama, disebabkan kesempitan hidup membuatkan mereka tidak mampu untuk membeli kenderaan dan mengambil lesen kenderaan.

Katanya mandi peluh hari-hari, kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah. Selepas spm tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar.

Tambahnya lagi, basikal itu mempunyai banyak keistimewaan kerana boleh dilipat dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew bukan sahaja membeli basikal, tetapi beliau turut menghulurkan sedikit duit poket untuk mereka berlima.

Kebaikan Ustaz Ebit Lew ini benar-benar telah memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk terus berusaha keras supaya berjaya dalam hidup.

Semoga beliau dimurahkan rezeki selalu.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Ini Senarai Tarikh Cuti Umum Malaysia & ‘Long Weekend’ Untuk Anda Rancang Pada Tahun 2021

Sekiranya anda tinggal di negeri-negeri ini, nikmati hujung minggu yang lebih panjang (dengan atau tanpa hari cuti tambahan).PERLISIsrak dan Mikraj: 11 Mac hingga 14 Mac (Khamis hingga Ahad)Ambil cuti pada hari Jumaat, 12 Mac.Hari Keputeraan Raja Perlis: 17 Julai (Sabtu)PERAKHari Keputeraan Sultan Perak: 5 November hingga 7 November (Jumaat hingga Ahad).PULAU PINANGHari Bandar Warisan Dunia George Town: 7 Julai (Rabu)Hari Lahir Gabenor Pulau Pinang: 10 Julai (Sabtu)SELANGORHari... Klik sini untuk […]

today4 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *