Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ustaz Ebit Lew Tidak Dapat Menahan Air Mata, Sebak Melihat Keluarga Syafiq Ahmad

today24 December 2020

Background

Umum mengetahui sikap prihatin seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew yang sentiasa pantas memberikan bantuan setiap kali menerima apa sahaja berita kedaifan dan kesusahan tidak kira bangsa dan agama.

Terbaharu, Ustaz Ebit Lew meluangkan masanya melawat pemain bola sepak Malaysia, Syafiq Ahmad yang baru-baru ini terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan ibu mertua, anak dan pembantu rumahnya untuk memberikan semangat dan sedikit bantuan kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ebit Lew atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew menulis di ruangan kapsyen memberitahu bahawa beliau sebak melihat Syafiq dan keluarganya yang diduga dengan dugaan sedemikian.

“Sebak sayu ziarah @syafiq_ahmad20 ,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.

Bagaimana Nak Bantu Mak Masuk Syurga,” Ebit Lew Sebak Dengar Soalan Syafiq Ahmad Dan Isteri

Turut berkongsi mengenai keadaan isteri Syafiq, Nur Amalina Norain dikatakan masih belum sembuh dari kecederaan dan trauma yang dialami.

“Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga. Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.”

Ebit Lew luang masa ziarah Syafiq Ahmad - Kosmo Digital

Dalam pada itu, Ustaz Ebit mendedahkan Syafiq sempat bertanyakan soalan mengenai cara untuk bantu ibunya masuk syurga kerana dia mahu menghadiahkan amalannya buat arwah ibunya.

“Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.”

“Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah, ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu”

Sebak juga min melihat hantaran yang di muat naik di laman Instagram Ustaz Ebit ni.

Kami di Hot FM mendoakan semoga Syafiq sekeluarga diberi kekuatan dan Ustaz Ebit terus diberi kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah. Amin!

 

Sumber : Instagram Ustaz Ebit Lew

Written by: Fieyna Azman


Previous post

collage

Sosial

Anggota Polis Ditahan, Disyaki Mabuk Dan Memandu Lawan Arus

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah menahan seorang anggota polis pada jam 12.30 pagi semalam kerana disyaki memandu secara merbahaya dan berada di bawah pengaruh alkohol. Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial berdurasi satu minit 36 saat membabitkan Perodua Axia dipandu secara melawan arus dengan lampu isyarat kecemasan dibuka. Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Harian Metro selepas menerima... […]

today24 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *