Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wakafkan Van Jenazah, Hafiz Mahamad Tak Sangka Jadi Kenderaan Terakhir Sahabat Baik

today22 December 2020

Background

Nama usahawan muda, Hafiz Mahamad mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi selepas banyak kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda.

Sebelum ini, Hafiz ada memuat naik satu video menunjukkan beliau bergegas ke Kelantan untuk melawat sahabat baiknya yang jatuh sakit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Namun kini dikhabarkan sahabatnya yang bernama Loh telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 22 Disember.

Disebabkan itu, Hafiz sekali lagi telah bergegas ke Kelantan bagi melawat jenazah sabahat baiknya itu dan seperti biasa Hafiz turut kongsikan video perjalanannya ke sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, beliau berasa bersyukur kerana dapat menjadi imam ketika solat jenazah diadakan.

Dalam masa yang sama, Hafiz turut tidak menyangka bahawa van jenazah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.

“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya Loh.”

Ramai netizen turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz dalam masa yang sama mendoakan Allahyarham di sana.

Semoga Hafiz terus kuat menjalani hidup tanpa sahabat baiknya dan dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Sumber video: Instagram Hafiz Mahamad

Baca juga artikel sebelum:

Hafiz Mahamad Buktikan Erti ‘Sahabat’ Yang Sebenar

‘Aku Pastikan Kau Sihat, Kerja Dengan Aku’- Hafiz Mahamad Nekad Bantu Rakan Baik Sakit Strok Pada Masa Sama Isteri Pula Keguguran

 

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

doc74fym11z9xkrwc8rf2p

Sosial

Vaksin COVID-19, Kerajaan Tanggung Kos RM77.35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

Vaksin COVID-19 yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia menjadi bualan ramai apabila pihak kerajaan bakal menanggung kos vaksin berjumlah RM77.35 bagi setiap seorang penduduk di Malaysia. Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau telah menjelaskan bahawa suntikan vaksin secara percuma akan diberikan menerusi Program Imunisasi Kebangsaan di mana... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *