Malang bagi seorang wanita berusia 33 tahun ini apabila dia ditimpa kemalangan selepas melakukan aktiviti terjunan ‘rope swing‘ di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 27 September lalu.
Mangsa dikenali sebagai Siti Halijah Abd Rahim disahkan patah tulang belakang selepas menjalani aktiviti lasak kegemarannya itu.

Dikatakan ketika kejadian Siti Halijah baru sahaja selesai melakukan terjunan dan dia telah tergantung pada ketinggian sekitar 10 meter sebelum terjadinya kesilapan teknikal pada kabel sehingga menyebabkan dia terhempas ke atas batu sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Menurut adiknya, Mohamad Yakub Abd Rahim kepada sebuah portal hiburan tempatan, mereka sekeluarga masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi kerana ketika kejadian semua keluarganya berada di tempat kejadian.
Pada masa yang sama, sebelum kejadian berlaku, dia sudah terlebih dahulu membuat terjunan sementara kesemua ahli keluarganya memerhatikan mereka di platform tinjauan.
Kakak saya memang sukakan sukan ekstream ni dan sehari sebelum kejadian pun dia pergi daki gunung dekat Negeri Sembilan.

Tambahnya lagi, kakaknya itu sudah lama menyimpan hasrat untuk melakukan terjunan ‘rope swing‘, namun selepas puas diajak baru la dia bersetuju dengan cadangan tersebut namun malang pula yang berlaku.
Lebih menyedihkan dia sempat berbual seketika dengan Siti Halijah ketika berada di atas bot sebelum mendengar bunyi terjatuh.

Kata-kata akhir kakaknya sebelum kejadian ialah dia sangat gembira dapat melakukan aktiviti lasak tersebut.
Kini, Siti Halijah telah dirawat di Hospital Selayang bagi menjalani rawatan pembedahan akibat patah tulang belakang.
Mujur pihak pengurusan kawasan tersebut mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan sebagai keluarga, mereka menganggap apa yang berlaku itu sebagai ujian Allah bagi kakaknya.
Post comments (0)