
PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) menarik balik surat tuntutannya terhadap dua lagi portal berita, iaitu The Malaysian Insight dan The Vibes.
Firma guaman Amrit & Company, yang mewakili HRD Corp berkata, surat tuntutan yang dikeluarkan pada 15 Julai itu telah ditarik balik.
“Kami diarahkan oleh HRD Corp untuk menarik balik surat tuntutan yang dihantar pada 15 Julai,” katanya, lapor The Malaysian Insight.
Menurut surat tuntutan itu, laporan diterbitkan oleh kedua-dua portal berita itu, bertajuk ‘HRD Corp fails audit, mishandling of funds revealed’ mengandungi kenyataan yang dipertikaikan terhadap HRD Corp.
Awal hari ini, Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengarahkan HRD Corp menarik balik surat tuntutan terhadap The Edge, yang melaporkan penemuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara…