KUALA LUMPUR: Sekatan unilateral yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikat di Malaysia tidak menjejaskan nilai keseluruhan eksport negara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).
Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen hari ini, kementerian itu berkata, implikasi sekatan itu berbentuk individu, iaitu antara lain, syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.
“Tiada satu pun syarikat perdagangan tersebut berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) untuk sebarang lesen pembuatan atau insentif.
“Ini bermakna mereka semua peniaga dan bukan pengilang,” kata kementerian itu.
Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Ronald Kiandee (Perikatan…