Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Hubungan Kami Akan Terus Baik Demi Anak…” – Fizo Omar

today27 June 2019

Background

Menerusi satu status yang dimuat naik di Instagram, pelakon Fizo Omar mengakui rumahtangganya bersama isteri Mawar sedang dilanda masalah.

Namun, dia enggan mengulas mengenai punca keretakan rumahtangga mereka.

https://www.instagram.com/p/BzMkEo7AwLs/?utm_source=ig_web_copy_link

“Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapi sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua. Saya amat berharap agar semua pihak bersabar.”

Menurut Fizo lagi, dia berharap agar hubungannya dengan Mawar akan terus menjadi baik walau apa sahaja keputusannya selepas ini.

“Apa jua yang terjadi, Insyallah hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam, zuriat dari Allah yang kami nantikan selama 4 tahun.”

“Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam, semoga Allah terus memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua.”

Jelas Fizo lagi,

“Apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak.”

“Saya berharap semua pihak dapat memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.”

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *