
Hubungan Umno dan PAS sukar dipulihkan dalam masa terdekat walaupun Presiden PAS Hadi Awang sekali lagi mengajak kedua-dua parti bermuzakarah atas dasar perpaduan Islam, kata penganalisis.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata halangan utama bukan sekadar perbezaan pendirian semasa, tetapi sejarah persaingan panjang antara Umno dan PAS untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
Beliau berkata, pengalaman Muafakat Nasional (MN) menunjukkan kerjasama dua parti Melayu itu tidak mudah dipertahankan apabila kepentingan politik masing-masing mula bercanggah.
“Umno dan PAS sukar untuk bersama walaupun kedua-duanya parti Melayu kerana pertimbangan politik.
“PAS dan Umno adalah pesaing tradisional sejak dahulu untuk mendapatkan undi Melayu,” katanya kepada FMT sambil menyifatkan cadangan muzakarah bukan perkara baharu.
Beliau mengulas catatan Minda Presiden…