
PETALING JAYA: Dua bekas menteri belia dan sukan menyambut baik penggantungan ke atas pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada mewakili negara selepas membuat komen rasis baru-baru ini.
Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman itu merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
“Rasa hormat antara satu sama lain adalah asas paling penting kepada masyarakat kita dan sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis harus bertanggungjawab atas komen tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata, hukuman itu perlu dijadikan contoh kepada persatuan dan atlet lain supaya sentiasa menghormati kepelbagaian budaya agama dan bangsa di Malaysia.
“Ia juga untuk pastikan tindakan sebegini tidak berulang lagi,”…