Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“I Miss Her” – Syada Amzah Tepis Dakwaan Masih ‘Ditanggung’ Kakak, Anggap Mulut Netizen Sukar Ditutup

today21 August 2024

Background

Penyanyi Syada Amzah tampil menjelaskan berkenaan video yang dimuat naik sempena ulang tahun kelahiran kakanya yang juga penyanyi popular, Shila Amzah baru-baru ini.

Kata Syada, video yang dimuat naiknya itu adalah sekadar meluahkan perasaan rindunya dan sebagai cara untuknya menunjukkan pernghargaan.

“Kami semua rindu dia. Obviously adik beradik perasaan rindu tu macam even baru jumpa masuk kereta pun rindu balik sebab darah daging kan.

“Actually wish tu termasuklah video yang dimaksudkan tak ada makna apa-apa pun… as if like, it’s not untuk orang luar jadikan apa-apa isu, sebab saya percaya my own siblings in a way dan saya rasa itu hanyalah sekadar cara bagaimana saya menunjukkan penghargaan. Lebih dari itu, tidak ada maksud lain,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

 

Dalam pada itu, Syada atau nama penuhnya, Nursyuhada Amir Amzah berkata, kakaknya itu ada membalas pesanan mesejnya sekaligus menjelaskan bahawa hubungan mereka masih baik.

“Ada, we actually texted. Kami memang ada mesej cuma video itu sebagai double present to long text yang dalam whatsApp. Memang tak ada masalah untuk kami berhubung.

“Cuma bila orang fikir benda tu sebagai negatif saya rasa tak apalah, sebab orang tidak tahu dan saya rasa perkara tu siapa-siapa pun tak perlu tahu.

“Kalau nak kata video itu menunjukkan foto lama ketika bersama dan juga muzik background yang digunakan itu adalah sebab kami pernah menyanyikan (berkaraoke) lagu tu and i still remember waktu tu around 2017 sebelum dia kahwin lagu tu menunjukkan momen dan transisi dia (Shila) ketika bujang dan juga sesudah berkahwin.

“Saya seorang yang sangat sentimental. So, benda-benda itu  saya tahu itu adalah hidden message yang dia tahu dan semua orang juga tahu. I miss her and i miss my own siblings of course.

“Nak bergaduh pun kami bukan bercakaran. Tapi its a normal siblings punya momen. Nak kata dari awal gaduh pun tidak ada dan sekarang ini hubungan kami normal. Nothing happen,” jelasnya.

Syada berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu penyanyi Amir Jahari berjudul Kembali di The Curve, Damansara pada Rabu.

Ketika disoal mengenai dakwaan masih ‘ditanggung’ Shila, Syada bagaimanapun menegaskan perkara itu diluar jangkaannya.

Bahkan, menyifatkan isu tersebut bukanlah masalahnya apatah lagi orang di luar sana tetap mahu menjadikan ia sebagai satu isu.

“Bagi saya, dakwaan dan komen yang diberikan hanyalah sekadar kata-kata kerana mereka (netizen) even sampai sekarang pun masih tidak ada datang  rujuk pada saya tentang apa yang berlaku. Itu hanyalah spekulasi, diluar jangkaan saya dan saya tak boleh buat apa-apa dengan benda tu.

“It’s not my problem and people gonna keep talking.

“Setakat ini, dakwaan ditanggung itu tidak ada sebab saya rasa orang pun dah move on. Dan isu itu pun dah hampir setahun dan mostly orang sekeliling pun dah move on,” ulasnya.

Sebelum ini, Syada mencuri perhatian apabila dia meluahkan rasa rindu terhadap adik-beradiknya.

Menerusi hantaran di Instagram, Syada berkongsi semula hantaran video daripada Instagram ibunya, Fauziah Sarman yang memuat naik foto-foto anak-anaknya.

Written by: Salma


Previous post