Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Senang Bekerja Dengan Anna Jobling, Baim Wong Rancang Projek Lain Bersama

today21 August 2024

Background

Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong memuji aktres tanah air, Anna Jobling sewaktu mereka menjalani di set penggambaran filem pertama arahannya, Lembayung.

Baim atau nama sebenarnya, Muhammad Ibrahim, 43, menyifatkan Anna sebagai seorang pelakon yang bagus dan sangat mudah untuk bekerjasama.

“Mudah bekerja dengan dia (Anna) kerana dia seorang pelakon yang bagus. Satu pengalaman yang menyenangkan buat saya.

“Untuk karakter ini dia perlu membawa watak menjadi Tantri dan Anna cukup pakejnya, jadi saya memberi peluang untuk dia cuba dan terbukti dia memang bagus.

“Cuma dia pendiam, mungkin kerana tidak kenal orang di Indonesia,” katanya.

Baim berkata demikian ketika ditemui XTRA di majlis ulangtahun perdana Brik di Avenue K, baru-baru ini.

Baim Wong

Dalam pada itu, Baik turut meluahkan hasratnya untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama projek dengan aktres yang terkenal menerusi drama Melur Untuk Firdaus.

“Akan ada lagi projek bersama Anna untuk Januari depan tetapi buat ketika ini saya perlu fokus kepada Lembayung,” ujarnya lagi.

Untuk info, filem genre seram berjudul, Lembayung itu bakal tayang di Malaysia tanggal 3 Oktober dan di Indonesia pada 19 Septembet ini

Sebelum ini, Baim Wong memilih aktres itu untuk memegang watak utama dalam filem Lembayung.

Bukan itu sahaja, Baim turut sanggup terbang ke Malaysia bagi melihat sendiri kualiti lakonan Anna.

Terdahulu, Baim Wong enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Paula Verhoeven sedang bergolak.

Dengan ringkas, Baim hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat perkahwinan bersama Paula yang sudah terbina selama enam tahun itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baim Wong Tetap Kunci Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Paula Berholak – “Doakan Yang Terbaik”

Written by: Aqilah


Previous post