Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“I Will Never Change My Name” – Sweet Qismina

today10 February 2020

Background

Sebutan atau panggilan nama seseorang adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan semua individu.

Pelakon drama Titian Takdir, Sweet Qismina, 22, ada memuat naik sekeping foto dirinya ketika di Tanah Suci, Makkah di laman Instagram.

Menerusi posting yang dibuat pada 8 Februari itu, Sweet telah berkongsi bersama peminat cerita di sebalik namanya, Qismina yang diberikan oleh arwah bapanya.

https://www.instagram.com/p/B8TEbDBJNJ0/

Walaupun mengakui pernah terasa hati apabila namanya disalah sebut sebagai Qistina, Sweet yang baru sahaja menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga amat berbangga dengan nama Qismina yang diambil sempena Tanah Mina, di Makkah.

Kata Sweet lagi, dia tidak akan sesekali menukar namanya itu yang disifatkan sebagai rare dan unik.

Imbas kembali, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi mula aktif dalam dunia lakonan sejak 2004 dan pernah menggunakan nama Sweet Farhana di dalam industri hiburan.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *