Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ibu Bapa Kini Boleh Memohon MyKid Semula Mulai 29 Julai Ini

today25 July 2024

Background


Dalam satu kenyataan di Facebook, JPN memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah terbabit.

“Bagi yang sudah membuat permohonan sebelum ini (mempunyai resit permohonan MyKid), namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih.

“Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai sehingga 31 Oktober ini.

“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama pemohon yang berkenaan diperlukan bagi memastikan MyKid yang dicetak akan dituntut oleh pemohon, sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan pihak kerajaan.

Pada Mei lalu, media melaporkan isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik Covid-19 dijangka dapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post