Penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single terbaru, Canggung Wany Hasrita memohon doa orang ramai agar ibunya kembali pulih.
Menerusi laman Instagram miliknya, Wany mendedahkan ibunya Norita Jaafar diserang denggi dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat serta teman artis mendoakan agar ibu Wany segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Post comments (0)