Sayu hati orang ramai apabila terbaca kapsyen hari lahir di laman Instagram milik penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Selalunya, tanggal 18 September setiap tahun, penyanyi yang popular menerusi lagu Ingkar itu pasti akan menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran suami tercintanya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.
Namun, berbeza pada tahun 2020, selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada Februari lalu.
Suasana pilu menyelubungi Bunga tatkala dia mengemaskini laman sosialnya dengan memuat naik sekeping gambar suami tercinta bersama dengan kapsyen sayu.

“Thank you for making me believe that i am worthy of love..,” tulisnya
Menurut pelakon yang turut membintangi filem Habibie Ainun itu juga, semenjak suaminya pergi, dia harus menjadi seperti suaminya iaitu seorang yang mencintai isterinya dan percaya kepada Bunga.
“I am going to love me, like you love me.. Happy birthday sayang..,” tambahnya
Menerusi ruangan komen, rata-rata turut merasai kehilangan dan menasihati Bunga agar terus kuat, tabah dan cekal menghadapi ujian..
Sumber foto daripada: Instagram Bunga Citra Lestari
Post comments (0)