
JOHOR BAHRU: Penganalisis berpandangan “faktor Singapura” membentuk sikap orang Melayu Johor terhadap masyarakat lain kerana kebergantungan ekonomi melibatkan pelancongnya selain ramai bekerja di negara jiran itu.
James Chin dari University of Tasmania, berkata sering berhubungan dengan warga Singapura dan keperluan hidup bersama demi manfaat ekonomi menjadikan mereka “kurang curiga” kepada masyarakat lain, berbanding orang Melayu di negeri berlainan.
“Ini menjadi tambahan kepada identiti unik Bangsa Johor yang dipromosi keluarga diraja, sekali gus memberi impak kepada pemikiran mereka,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Pulai dan Simpang Jeram, Sabtu lalu, yang mana ada dalam kalangan gabungan itu menggambarkan ia kejayaan politik sederhana.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula merujuk kemenangan PH…