Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Indah! Yatt Hamzah Kongsi Nama Puteri Keempat

today10 January 2020

Background

Pada 30 Disember lalu, pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.30 kilogram di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

https://www.instagram.com/p/B6u-_hkAgYy/

Genap seminggu menimang cahaya mata keempat, pelakon drama Dunia Baru itu akhirnya berkongsi nama anaknya yang diambil sempena nama isteri Nabi Adam dan Nabi Yusof.

Hal itu didedahkan menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu lalu.

https://www.instagram.com/p/B7BiTHNgCFw/

Sedap dan begitu indah nama yang diberi iaitu Suci Hawa Zulaikha.

Untuk rekod, Yatt dan suamiΒ Mohamad Zulfahdli Khairuddin telah berkahwin pada Februari 2016 dan pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.

Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor pada 2009 dan memiliki seorang anak, Suci Hanania Malika, 8, sebelum bercerai pada 2015.

 

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *