
JAKARTA: Malaysia sentiasa memberi keutamaan kepada Indonesia dalam hubungan dua hala, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Indonesia menerima saya sebagai sahabat sejati, jadi saya tidak melupakan,” katanya kepada media selepas menyaksikan penyerahan Surat Hasrat dan pertukaran memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Indonesia di sini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan memilih Indonesia sebagai negara pertama kunjungan rasminya setelah menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 Nov lepas.
“Indonesia itu jiran, serumpun, persahabatan baik, sahabat sejati dalam keadaan saya terlempar, terbuang, tersisih,” katanya.
Anwar dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Indonesia hari ini bagi lawatan rasmi dua hari.
Esok beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra…