Selepas pelbagai spekulasi tercetus terutamanya apabila beberapa keping gambar pelakon, pengacara Mira Filzah mesra bersama seorang jejaka tular, banyak yang membuat tanggapan dan andaian.
Walaupun pelakon berkenaan mengambil pendekatan untuk berdiam diri, statusnya itu seolah-olah dapat dihidu oleh media tempatan.
Ada yang mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal melangsungkan pertunangan pada September ini, namun hanya Mira dan keluarganya sahajalah yang tahu perkara sebenar.
Terbaharu, Mira memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya dengan memaparkan dia manis berbaju kurung.
Difahamkan, Mira sewaktu itu menghadiri majlis perkahwinan rakannya yang juga pelakon Farah Nabilah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
https://www.instagram.com/p/B68KZHOBY3e/
Tinjauan komen mendapati banyak yang memuji keayuan dan kejelitaan pelakon yang kini memegang watak utama menerusi drama rantaia Adellea Sofea itu.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh pelakon dan pengacara Sean LJE berbunyi:
“Ingatkan Mira tunang tadi haha”
Komen berkenaan turut mendapat perhatian ramai selepas Mira turut membalas menunjukkan dia terhibur dengan Sean.
Apa-apa pun, semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar serta dipermudahkan buat Mira..
Sumber daripada: Instagram MF Mira Filzah
Post comments (0)