Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ingatkan Pergi Fashion Show’ – Netizen Pelik Lihat Jemaah Indonesia Berdandan Ketika Pulang Tunai Haji

today3 August 2022

Background

Terbaharu, sebuah video oleh @ravidhams tular di media sosial memaparkan sekumpulan jemaah haji dari Indonesia yang bergaya memakai pakaian ‘glamor’ dalam penerbangan pulang ke tanah air.

@ravidhams

Jamaah Haji Bugis Makassar jii😂😂#fypシ #tiktokindo #fypviral #fyp #fypage #jamaahhajiindonesia2022 #jamaahindonesia🇮🇩 #jamaahhaji2022 #makassar #makassarinfo

♬ Tang Tang Tang Viral TikTok ( KEJU JOGET ) – Dj Choko

Menerusi video itu, dapat dilihat para jemaah gembira berdandan dan memakai baju yang cantik serta lengkap dengan menggayakan barang kemas. Pastinya gelagat ini dilihat sebagai sesuatu yang ‘rare’ kerana mereka berdandan seperti mahu ke kenduri.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa pelik melihat kelakuan jemaah haji dari negara jiran yang tampil berhias dengan cantik sebelum sampai ke tanah air mereka.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga memuji pakaian mereka yang kelihatan cantik. Menurut laporan, trend menampilkan gaya glamor sesudah pulang dari Tanah Suci sudah menjadi budaya atau tradisi di sebahagian daerah di Sulawesi Selatan.

Malah, tokoh agama di Indonesia juga mengatakan budaya tersebut tidak bermasalah dan tidak perlu dibesarkan. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan mendapat lebih 100 ribu tanda suka.

Written by: Mimieyuzi


Previous post