Jika pada tahun lepas, Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) dikendalikan oleh dua pengacara hebat iaitu Alif Satar dan Sherry Al-Hadad, pada tahun ini pula anugerah berprestij itu akan kembali bersambung dengan dihangatkan lagi oleh 3 hos!
Tiga hos yang dinyatakan itu ialah Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Husni.
Dengan bertemakan warna-warni suara, Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) akan diadakan pada 9 Februari ini.
AJL 34 mempertaruhkan 12 lagu yang akan bersaing merebut takhta Juara Lagu. Tahun lalu, kejuaraan itu dipegang lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah ciptaan Hael dan Ezra Kong.
Senarai Finalis AJL 34:
1. Drama nyanyian Drama Band (Ciptaan: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib).
2. Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip (Ciptaan: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida).
3. Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham).
4. Anta Permana nyanyian Bob Yusof (Ciptaan: Hael Husaini, Ezra Kong).
5. Bangun nyanyian Aman RA (Ciptaan: Navigator).
6. Ragaman nyanyian Fairuz Misran (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam).
7. Rampas nyanyian Akim & The Majistret (Ciptaan: Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik).
8. Dinda nyanyian Masdo (Ciptaan: Ali Sariah).
9. Peneman nyanyian Hazama & The Penglipur Lara (Tam)
10. Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli (Ciptaan: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran).
11. Sumpah nyanyian Naim Daniel (Ciptaam: Omar K & Naim Daniel).
12. Sumpah nyanyian Aina Abdul (Ciptaan: Aina Abdul).
Seperti tahun lalu, AJL34 juga akan menjual tiketnya melalui laman web https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30, bermula hari ini, 9 Januari, pada pukul 9 malam. Peminat boleh dapatkan tiket AJL34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30).
Sumber daripada: Harian Metro
Post comments (0)