Kini, aplikasi Waktu Solat Malaysia akan menghantar notis pada setiap waktu solat bagi memudahkan pengguna menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya. Pengguna boleh menyesuaikan waktu solat dan azan pada bahagian tetapan.
Ramadan juga adalah bulan Al-Quran, jadi marilah kita menggunakan peluang ini untuk membaca Al-Quran sekerap mungkin. Oleh itu, menerusi aplikasi ini yang mengandungi Al-Quran digital, anda sudah boleh membaca di mana sahaja anda berada.