Menerusi video yang dimuat naik oleh @terataiputih, kelihatan seorang nenek sedang merakam gelagat dua orang cucunya di dapur.
Cucu-cucunya itu sedang mengisi air Coway di dalam cawan. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila mereka berdua tidak minum air tersebut malah menggunakannya untuk mandi. Hal ini telah menyebabkan dapur di rumah mereka basah dengan air.
Difahamkan, dua orang kanak-kanak itu bertindak mandi air Coway kerana terikut perbuatan nenek mereka yang mencuci lantai menggunakan air tersebut.