Connect with us

Story

Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Korang Beli Tu Betul- Betul Selamat Digunakan, Senang Gila!

Nak pakai perfume pun kena ada cara dia tau. Yang penting nak wangi dan selamat digunakan!

Published

on

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu!

Banyak minyak wangi yang terdapat di pasaran sekarang. Sebelum beli, korang kena pastikan minyak wangi tu selamat dipakai untuk memastikan kesihatan korang terjaga. Macam mana nak tahu minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai? Meh kami ajar.

Beli minyak wangi berjenama.

Kredit: Instagram @pipirazi

Bukan main-main tau. Korang memang kena beli minyak wangi berjenama kalau nak lebih yakin. Minyak wangi berjenama semestinya mengikuti peraturan ketat daripada pembuatan sehingga la pembungkusan. Confirm lebih selamat.

Beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan SAHAJA.

Kredit: Instagram @enchanteurmy

Biasa korang beli minyak wangi kat mana? Pada kami, baik korang beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan je. Jangan pandai-pandai beli di kedai atau penjual yang korang tak tahu dari mana asal-usul. Takut minyak wangi tu tak selamat je.

Hati-hati kalau harganya terlalu rendah, entah-entah palsu!

Kredit: xtra.com

Nampak harga murah je, mesti nak beli. Biasa la tu. Bab ni kalau korang nak gunakan pada minyak wangi, kena hati-hati sikit. Lagi-lagi kalau minyak wangi tu murah sangat. Sounds fishy. Mana la tahu minyak wangi tu palsu. Bahaya kot.

Mintak resit asal untuk minyak wangi yang korang beli.

Setiap minyak wangi yang dibeli, jangan lupa tanya pasal resit dulu. Resit ni penting untuk pastikan korang boleh claim kalau jadi apa-apa. Kena pastikan resit yang asli ya. Kalau kedai atau penjual tu tak boleh sediakan resit, bye bye je la kat dia.

Check ada tak logo seperti HALAL, ISO atau sebarang pensijilan lain yang boleh dipercayai.

Kredit: bangkitmedia.com

Paling penting, korang kena check logo seperti HALAL, ISO atau sijil yang dipercayai pada minyak wangi tu. Senarai bahan yang digunakan dalam minyak wangi tu pun kena check. Kalau label pada minyak wangi tu pun nampak ragu-ragu, lagi elok tak payah beli.

Hubungi NPRA kalau korang ada sebarang keraguan.

Kredit: istockphoto.com

Masih ragu-ragu dengan minyak wangi tu? Tak apa. Korang boleh hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Check sama ada minyak wangi yang korang nak beli tu ada dalam senarai produk yang berdaftar di NPRA atau tak. Kalau ada, memang selamat la.

Lebih selamat kalau minyak wangi tu ada Perfume Safety Seal!

Nak lebih selamat dan yakin, kami syorkan korang gunakan minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur. Minyak wangi ni semuanya popular di Malaysia sekarang. Kalau dah cuba satu, mesti akan repeat punya.

Penting untuk beli produk yang betul-betul sahih kan? Haa.. Bahan-bahan dalam minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur sudah mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat tau.

Sebab tu la, mereka perkenalkan Perfume Safety Seal yang ada pada minyak wangi mereka. Haa.. Sekarang korang mesti dah tertanya-tanya, apa fungsi Perfume Safety Seal ni sebenarnya?

Perfume Safety Seal membantu untuk membuktikan semua bahan yang digunakan telah dinilai selamat tanpa kesan sampingan yang berbahaya kepada kesihatan korang. Paling best, korang boleh check sama ada produk yang korang beli tu sahih atau tak dengan hanya mengimbas kod QR yang ada.

Senang cerita, memang mudah korang nak kenal minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai kalau ada Perfume Safety Seal ni. Berguna betul!

Kredit: FB Raja Lepak

Memang berterima kasih sangat pada minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur yang telah disahkan dengan selamat dengan Perfume Safety Seal. Minyak wangi ni merupakan minyak wangi pertama yang gunakan cara macam ni untuk mudahkan pengguna. Tabik spring la!

Tengok la, betapa pentingnya Perfume Safety Seal ni. Lepas ni boleh la korang pakai minyak wangi yang betul-betul selamat dipakai. Memang bagus la.

Jangan lupa kongsikan perkara ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang jugak tau. Korang kena ajar mereka cara ni supaya mereka pakai minyak wangi yang betul-betul selamat.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web ni: https://perfumesafety.com.my

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di