Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Jawapan Rossa Bila Kena Tuduh Jadi Perosak Perkahwinan YouTuber Indonesia

today22 September 2022

Background

Baru-baru ini, nama penyanyi tersohor Indonesia, Rossa heboh menjadi perbualan netizen setelah terpalit kontroversi yang mendakwa dirinya punca keretakan rumah tangga YouTuber Reza Arap dan isterinya, Wendy Walters.

Difahamkan nama pelantun lagu Pudar ini mula menjadi sebutan selepas rata-rata netizen meneka wanita bernama ‘R’ adalah dirinya.

Reza yang merupakan salah seorang anggota daripada kumpulan Weird Genius yang terkenal dengan lagu Lathi itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Rossa akibat keakraban mereka dalam sebuah program realiti.

Malah, dakwaan tersebut semakin hangat diperkatakan selepas YouTuber tersebut memberi sejambak bunga kepada selebriti berusia 43 tahun itu usai membuat persembahan.

Tidak berdiam diri, Rossa yang terhibur dengan respons netizen mengenai gosip liar dirinya itu tampil menjawab dakwaan tersebut menerusi dua ciapan di Twitter rasmi miliknya semalam.

“Saya suka yang sepet (mata). Sudah itu saja.

“Sumpah, respon kalian lucu. Chill okay,” katanya.

Written by: Aqilah