Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

Ini Peluang Untuk Anda Menang RM10,000 Tunai Dengan Farm Fresh!

today11 August 2021

Background

Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima pulu tujuh…tipulah kalau korang tak nyanyi ikut melodi lagu Allahyarham Sudirman Hj Arsyad ni ni. Mana taknya, semua orang tahu yang bulan lapan merupakan bulan kemerdekaan dan ia disambut secara rasmi pada 31 Ogos setiap tahun. Ingat lagi dulu bukan main meriah jalan raya dan rumah dengan kibaran jalur gemilang, sekolah-sekolah pun turut memeriahkan lagi sambutan dengan persembahan dan pertandingan bertemakan merdeka. Masa ni kita dapat lihat kreativiti ibu bapa memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian unik diperbuat daripada jalur gemilang.

Kita semua bangga menjadi anak merdeka, kerana banyak yang kita capai melalui pengorbanan pejuang-pejuang negaraΒ  dulu. Kalaulah negara kita belum Merdeka, mesti macam ni kan?

Sebab tu kita kena berterima kasih kepada perwira negara, mereka bermati-matian menuntut kemerdekaan dan menjadikan Malaysia seperti hari ini. Semangat Patriotisme tak harus padam dalam jiwa setiap anak merdeka walaupun dalam situasi pandemik yang melanda hari ini.

Untuk membuktikan semangat patriotisme dalam diri korang tu masih membara , korang boleh join kempen bulan kemerdekaan daripadaΒ Farm Fresh ,Β  Ini Bumi Merdeka Kita! Sempena bulan patriotik ini, Farm Fresh mengeluarkan pek istimewa edisi Merdeka. Memang unik dan menarik tau, setiap satunya mempunyai huruf daripada perkataan MERDEKA dan anda boleh kumpul kesemuanya dan menang hadiah wang tunai.

Ya, RM64,000 wang tunaiΒ  menanti daripada Farm Fresh sempena 64 tahun negara kita Merdeka! Caranya cukup mudah, hanya kumpulkan 7 pek edisi Merdeka susu coklat UHT Farm Fresh 1L atau susu segarΒ  Farm Fresh 1LΒ edisi Merdeka dan sertai Peraduan Ini Bumi Merdeka Kita di Facebook atau Instagram macam ni :

  1. Beli & kumpul set susu coklatΒ UHT Farm Fresh 1L atau susu segar Farm Fresh 1L Pek Edisi Khas Merdeka, dengan perkataan MERDEKA dan tangkap gambar pek dan resit sebagai bukti pembelian. Anda perlu pilih sama ada nak kumpul UHT atau susu segar, jangan campur tau!
  2. Jawab soalan β€œCow rasa, apa identiti Malaysia yang menjadi kebanggan kita? dan kongsikan pendapat anda dalam bentuk video atau gambar berserta kapsyen yang paling kreatif di IG Feed, FB Feed atau IG Reels. Korang boleh jugak masukkan pek MERDEKA Farm Fresh kalau korang nak, tapi tak wajib tau.
  3. Jangan lupa sertakanΒ #IniBumiMerdekaKita #FarmFreshMerdeka2021.
  4. Hantarkan pautan post anda di www.inibumimerdekakita.com.my untuk pengesahan penyertaan.
  5. Tarikh peraduan bermula 1 Ogos sehingga 15 September, so let’s do this guys!
  6. Pek edisi Merdeka ini hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia sahaja.

Ini hadiah yang bakal korang menangi :

Hadiah Utama: RM10,000
3 x 1st Runner Up untuk Kategori Video x RM5,000: RM15,000
5 x 2nd Runner Up untuk Kategori VideoΒ  x RM3,000: RM15,000
12 x Hadiah Saguhati Untuk Kategori Gambar X RM2,000: RM24,000

Layari www.inibumimerdekakita.com.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen Ini Bumi Merdeka Kita daripada Farm Fresh.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 64 Malaysia! Semoga kita dapat mengharungi situasi sukar ini bersama-sama dan segera Merdeka dari pandemik Covid19. Jom layan video erti kemerdekaan daripada Farm Fresh ni…

Written by: Nabilah