Selepas tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan mengambil barang terlarang, penyanyi Hafiz Suip sekali lagi mencuri perhatian.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Hafiz kelihatan bersama bapanya, Mohamad Suip sedang berada di sebuah restoran.
Bagaimanapun, ketika bersiaran secara Live di platform tersebut, dia sekali lagi dihujani komen-komen negatif warganet.
“Yang hebat sangat tu, mana? Tunjuk lah. Mana komen anda yang hebat sangat tadi. Aku nak tengok,” ulasnya.
Namun, enggan anaknya terus menerima komen yang tidak baik, bapa Hafiz akhirnya tampil membuka mulut.
“Kalau anak kau orang lah, kamu tuduh macam tu, agaknya macam mana perasaan awak?,” katanya.
“Ingatlah karma. Ini masa dia, nanti masa kau orang,”katanya.
Melihat respons yang diberikan bapanya, pelantun lagu Ku Akui itu kelihatan berpuas hati lantas menegur tindakan individu terbabit yang hanya berani menjadi ‘keyboard warrior’ sahaja.
“Mana komen kau orang tadi yang hebat sangat. Mana?
“Kau orang berani jadi keyboard warrior je, typing je. Bila depan-depan takut. Itu aku baru panggil bapa aku,” kongsinya.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 70,000 tontonan sejak ia dimuat naik.
Terdahulu, Hafiz ketika ditemui usai Konsert By Ajai & Mega Friends baru-baru ini memaklumkan, dia kini aktif menjaga kesihatan disebabkan masalah kesakitan tulang belakang (slipped disc) yang pernah dialaminya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Saya Hisap B*tu, D*dah… Saya Menjaga Kesihatan” – Hafiz Suip