Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Respons Hafiz Suip Bila Ada Yang Komen Jangan Gelabah Hadapi Masalah: “Awak Tak Ada Dalam Kasut Saya”

today6 June 2024

Background

Penyanyi, Hafiz Suip membidas komen seorang individu yang meminta selebriti ini menguatkan mental dan tidak mudah sentap terhadap fitnah orang lain.

Tampil mempertahankan diri, pelantun lagu popular Bahagiamu Deritaku ini menegur individu berkenaan yang sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk mengutuk orang lain.

“Kau guna media sosial ini memang untuk kutuk orang ke? Main media sosial aku nak tengok yang positif saja bukan benda-benda b*ngs*t!

“Awak tak berada dalam kasut saya. Semoga dipermudahkan urusan,” selarnya.

Hafiz Suip

Nama Hafiz menjadi perbualan hangat di media sosial selepas ‘menghilang’ daripada media sosial.

Malah, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Hafiz bersama isterinya, Nureffy dikatakan sedang bergolak.

Sebelum ini, ada individu mendakwa rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah berpisah akibat selebriti ini dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok Story, Hafiz terhibur apabila terdapat individu yang komen sedemikian yang dianggap seolah-olah tidak masuk dek akal fikirannya.

Bagaimanapun, sehingga saat in Hafiz masih belum bersuara mengenai dakwaan pergolakan rumah tangganya itu.

Artikel Berkaitan: Penat Asyik Difitnah, Hafiz Suip Syukur Ada Sahabat Tak Pernah Tuduh Yang Bukan-Bukan – “#BeraniKeranaBenar, Netizen Sempat Ke Nak Minta Maaf?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Rumah Tangga Bersama Isteri Terlerai Sebab Abai Tanggungjawab, Ini Respons Hafiz Suip – “Jangan Sembang Macam Kenal Aku”

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak, Kapsyen #JanganMainApi Raih Perhatian… Netizen Titip Kata Semangat! – “Bangkit, Buat Comeback…”

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Menghilang Lagi, Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya

Written by: Aqilah


Previous post