Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ini Sebenarnya Waktu Sesuai Untuk Minum Susu

today18 September 2020

Background

Susu adalah minuman terbaik yang membantu untuk pertumbuhan kita sebagai manusia dan juga menguatkan tulang serta gigi. 

Oleh sebab itu, ramai pakar yang selalu mengesyorkan untuk minum susu dan ia tidak mengenal usia. Sama ada kanak-kanak, mahupun yang sudah dewasa. 

Ada di antara kita juga yang memang sensitif dengan susu, sehingga ada yang mudah sakit perut jika minum susu. Jadi, ini adalah waktu sesuai untuk anda minum susu.

WAKTU PENCERNAAN TERBAIK

Sumber gambar: somagnews

Sebenarnya, susu amat baik diambil sewaktu hari siang atau sebaiknya anda boleh minum susu pada waktu pagi sebab waktu siang adalah waktu terbaik bagi pencernaan perut anda berlaku. Selain itu, anda juga akan mendapat nutrisi yang paling baik pada waktu pagi kerana susu mengandungi kalsium dan protein.

ATLET & KERJA BERAT

Sumber gambar: fox

Susu juga adalah salah satu sumber yang bekalkan tenaga dan protein yang banyak. Jadi ia memang sangat sesuai untuk anda yang kerap lakukan kerja berat dan juga bagi atlet sukan kerana susu mampu mencergaskan badan.

TENGAH DIET

Sumber gambar: approby

Selain itu, susu juga amat sesuai bagi anda yang berdiet kerana ia mampu mengurangkan rasa lapar. Pengambilan susu sebanyak 150 ml ke 250 ml adalah sangat sesuai bagi anda yang mengamalkan diet.

SEBELUM TIDUR

Sumber gambar: kpopmap

Seterusnya, minum susu sebelum waktu tidur juga adalah sangat baik kerana ia akan bantu tubuh dan otak menjadi lebih tenang. Apabila badan dan otak lebih tenang, jadi anda akan mudah tidur.

Selepas ini, bagi anda yang nak lebih sihat atau untuk yang susah tidur. Mungkin boleh biasakan minum susu? 

Written by: Zulaikha Zaherman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *