Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Ini Suami Saya… Adakah Ada Masalah Penyakit Ain?” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

today23 May 2022

Background

Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid tersinggung apabila ada wargamaya yang melemparkan kata-kata negatif kepada dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim.

Beberapa hari lalu, Jasmin Hamid atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, memohon kepada wargamaya supaya menjaga adab dan tidak menyamakan dirinya dengan suami seperti ibu dan anak menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.

Pelakon yang mesra disapa sebagai Kak Min itu turut menyatakan perkahwinannya itu merupakan rezekinya dijodohkan dengan lelaki yang lebih muda daripada usianya dan dia juga percaya bahawa jodoh dan ajal itu adalah rahsia Allah.

View this post on Instagram

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Mohon jaga adab dan lisan. Ini suami saya,bukan anak saya. Rezeki dan jodoh saya bersuamikan lelaki muda. Semuanya adalah perancangan Allah.

“Sebagai hambaNya yang beriman, kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal, maut, semuanya rahsia Allah. Adakah ada masalah penyakit ain?” tulis Jasmin di ruangan kapsyen.

Justeru, perkongsian pelakon senior tersebut mendapat respon daripada wargamaya dan rakan artis yang bersetuju dengan luahannya itu. Ramai yang menasihati Jasmin Hamid untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh segelintir wargamaya.

Terdahulu, Jasmin Hamid telah diijab kabulkan dengan suaminya Nazmir Abd Rahim, 35, yang merupakan pembantu peribadinya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada November lalu.

Written by: Aqilah


Previous post