Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Rancang Tambah Anak, Nur Fazura Nak Ada 3 Cahaya Mata

today23 May 2022

Background

Pelakon Nur Fazura berkongsi tentang perancangan rumah tangganya untuk menambah bilangan cahaya mata bersama suami, Fattah Amin.

Menurut Fazura, puterinya, Nur Fatima Aisya juga kerap kali menonton video berkaitan dengan bayi dan menunjukkan reaksi suka akan bayi.

β€œMemang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun dan dia selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi.

β€œJadi, saya tahu dia sangat sukakan bayi. Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,” katanya.

Pada masa sama, pelakon ini mengakui berdoa agar dikurniakan tiga orang cahaya mata.

β€œInsya-Allah, kalau ada rezeki, saya nak anak lelaki. Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak.

β€œKalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,” katanya.

Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Piala AFF Kini Dikenali Sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric

Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ino mengumumkan lembaran baharu untuk kejohanan Piala AFF dengan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ino mengumumkan lembaran baharu untuk kejohanan Piala AFF dengan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik terkemuka global dari Jepun, Mitsubishi Electric dinamakan sebagai penaja utama kejohanan tersebut.

today23 May 2022