Berita gembira buat peminat filem Ainun & Habibie, trailer terbaharu filem tersebut secara rasminya telah dilancarkan menerusi laman Youtube!
Trailer untuk filem berkenaan tampil dengan tajuk sekuel iaitu Ainun & Habibie 3.
Dalam video berdurasi dua minit itu, trailer berkenaan menampilkan aksi Maudy Ayunda memegang watak sebagai isteri allahyarham bekas Presiden ke-3 Indonesia, B.J. Habibie, Ainun ketika masih muda.
Sementara itu, karakter Habibie masih dipegang oleh watak asal iaitu Reza Rahadian.
Selain perjalanan menjadi seorang doktor, diselitkan juga kisah percintaan Ainun sebelum menjadi isteri Habibie. Pelakon Jefri Nichol ditampilkan menjadi lelaki tersebut yang dikenali di kampus serta turut sempat melamar wanita tersebut.
Trailer berkenaan kemudian ditutup dengan pernyataan Habibie tentang isterinya.
“Saya mencintai Ainun. Saya tidak pernah merasakan ditinggal karena beliau selalu berada di hati saya,” ucapnya.
Filem yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo ini turut menampilkan aksi Marcella Zalianty, Angga Yunanda, Mike Lucock, Agniny Haque, Rebecca Klopper, Eric Febrian, dan Teuku Ryzki.
Habibie & Ainun 3 dijadualkan akan ditayang di pawagam pada Disember 2019.
Post comments (0)