
PETALING JAYA: MIC menggantung keahlian seorang pemuda parti itu susulan didakwa terlibat dalam kejadian serangan ke atas seorang ketua NGO di ibu kota, semalam.
Setiausaha Agung MIC, R T Rajasekaran berkata, pergantungan itu dibuat mengikut Artikel 61.1, perlembagaan MIC kerana bertentangan dengan visi dan misi parti.
“MIC sama sekali tidak menyokong mana-mana keganasan dalam apa jua bentuk dan cara sekali pun,” kataya dalam kenyataan.
Jelas beliau lagi, penggantungan ahli pemuda MIC itu tidak bermakna dia bersalah atas apa-apa tuduhan dikenakan terhadapnya.

“Parti terpaksa mengambil tindakan ke atas beliau memandangkan video kejadian tersebut telah tular di media sosial.
“Jika tiada tindakan diambil, ia akan menjadi teladan buruk kepada mana-mana pihak. Sebarang tindakan berlandaskan kepada…