Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Intan Ladyana Tampil Berhijab, Netizen Doakan Istiqamah

today18 October 2022

Background

Pelakon terkenal, Intan Ladyana dilihat tampil mengenakan hijab menjadi tumpuan warganet.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik suaminya iaitu Harris Alif yang memaparkan mereka sekeluarga sedang bercuti di atas kapal persiaran mewah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Berdasarkan pemerhatian XTRA, muat naik tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi oleh warganet.

Namun Intan tidak berkongsi tentang penghijrahannya itu kepada umum.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Evie Khadeeja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka dengan penampilan terbaru Intan malah turut berdoa agar pelakon wanita itu kekal istiqamah.

Sumber: Instagram harissalif

Written by: Aqilah