Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Intan Najuwa Dituduh ‘Bitter’ & Suka Buang Masa Balas Komen Netizen Kerana Lantang Pertahan Hak

today12 February 2025

Background

Pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberikan respons susulan dakwaan segelintir netizen yang kelihatan kurang senang dengan tindakannya yang lantang bersuara.

Ia susulan tindakan Intan berkongsi luahan hatinya di ruangan Instagram Story mengenai susuk tubuhnya yang sebelum ini dikatakan gemuk.

Justeru, kurang senang dengan tindakan aktres itu, seorang pengguna media sosial tampil membalas hantaran tersebut menerusi kiriman mesej langsung (DM).

“Kenapa you suka buang masa layan dia orang?

“Awak sepatutnya stay classy daripada berkelakuan ‘bitter’ macam ni,” soalnya.

Tidak mahu orang di luar sana terus menerus salah faham dengan respons yang diberikan, Intan tampil menjelaskan bahawa ia bukanlah kerana disebabkan dia berasa ‘bitter’ sebaliknya, tidak mahu ibu dan wanita lain di luar sana merasa diri mereka layak dihina atau dikritik.

Tambahnya, tindakan netizen yang suka memberikan komen negatif dan tidak menghormati orang lain perlu dihentikan.

“Ini bukan soal mahu menjadi bitter atau classy. Saya seorang wanita dan ibu dan saya tak mahu mereka  mengalami nasib dan pengalaman sama seperti saya.

“Orang-orang seperti ini harus berhenti untuk tidak menghormati orang lain. Jika perkara ini berlaku tiga tahun lalu saya mungkin akan diam.  Tapi, sebagai seorang dewasa saya harus membela diri dan harga diri,” ulasnya.

Dalam pada itu, Intan menegaskan,  mana-mana wanita di luar sana yang mengalami nasib serupa sepertinya tidak berasa tertekan sebaliknya menghargai setiap momen manis bersama insan tersayang.

Written by: Salma


Previous post