Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Isteri Hamil 3 Bulan, Hafiz Suip Bakal Timang Anak Kedua

today16 September 2019

Background

Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jasreel Abdullah memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Berita gembira itu dikongsi Nureffy atau lebih dikenali dengan panggilan Effy menerusi laman Instagram miliknya hari ini.

Menurut Effy, usia kehamilannya kini mencecah 13 minggu.

“150919, surprise guys! #13weekspregnant” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu menerusi laman Instagram Hafiz turut berkongsi perkara yang sama dengan memaparkan potret kedua ibu bapanya disamping cucu-cucu.

https://www.instagram.com/p/B2bvdQvghVJ/

Terdahulu, Hafiz dan Effy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *