Selepas memaklumkan sudah empat bulan anak-anak tidak berjumpa ayah mereka menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories (IGS) miliknya, isteri kepada atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang iaitu Datin Athiah Ilyana Abd Samat akhirnya berkongsi momen mereka sekeluarga berkumpul bersama.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Athiah berkongsi momen dirinya bertemu suami tercinta setelah sekian lama tidak berjumpa dek kerana memberikan fokus terhadap penglibatannya di sukan Olimpik Paris 2024.
“Setelah sekian lama, akhirnya dia milik saya sepenuhnya.
“Saya doakan moga segala pengorbanan yang kami lakukan menjadi inspirasi untuk generasi muda. Setiap nikmat yang datang itu dari Allah dan segala kekurangan itu datang dari kami. Moga para belia melihat bahawa dunia ini dipenuhi dengan nikmat yang tidak berkesudahan,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, dia dan suaminya yang juga dikenali sebagai The Pocket Rocketman kelihatan berkongsi sepotong video pendek memaparkan momen-momen manis ketika anak-anak berjumpa dengan ayah mereka selepas empat bulan terpisah.
“Point of view,When your daddy is coming back from Paris Olympics and you haven’t seen him for almost 4 months,” katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terharu dengan perkongsian video tersebut sekaligus mengucapkan terima kasih kerana sanggup berkorban untuk negara sehingga terpaksa meninggalkan ahli keluarga terutamanya anak-anak.
Malah, mereka menyifatkan ’emas’ sebenar yang dimaksudkan adalah keluarga yang sentiasa ada tidak kiralah ketika waktu senang mahupun susah.
View this post on Instagram
Terdahulu, Athiah mencuri perhatian selepas memuat naik foto di IGS bersama empat orang anaknya dengan muzik latar nyanyian Datuk Aishah berjudul ‘Pulanglah’ beserta kapsyen yang ditujukan buat suaminya.
“Pulanglah, sudah empat bulan anak-anak tidak jumpa Abi. Olimpik Paris 2024 is so wow,” tulisnya.
Ia susulan, kegagalan suaminya memburu pingat emas pada acara Keirin yang berlangsung di Sukan Olimpik Paris di Velodrom Saint Quentin en Yvelines pada 10 Ogos lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:“Pulanglah Dah Empat Bulan Anak-Anak Tak Jumpa Abi” – Isteri Azizulhasni Awang
ARTIKEL BERKAITAN:“Baton Telah Diserah, Teruskan Perjuangan, Shah Firdaus” – Azizulhasni Awang