Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isu Feng Shui, Kak KM Bahasakan Warganet Acah Bagus

today21 November 2023

Background

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM sekali lagi menjadi perhatian selepas kenyataannya sebelum ini membabitkan isu Feng Shui boleh memberi kekayaan mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Malah, segelintir netizen berpendapat, tindakannya yang percaya terhadap geomansi cina itu boleh membawa kepada perbuatan syirik.

Tidak berdiam diri dengan teguran netizen terhadapnya, Kak KM tampil membidas kenyataan tersebut menerusi sepotong video pendek yang di muat naik di Instagram miliknya.

“Apa benda pagi-pagi buta, ‘Kak KM jangan khurafat. Kak KM, kalau nak kaya kena solat dua rakaat selepas solat subuh. Kau buat ke tak solat dua rakaat? Dah kaya belum?

“Jangan nak ajar-ajar orang, jangan sesekali. Kita belum tentu betul ke tak. Jangan main cakap sebarangan. Macam bagus je kau. Kelakar.

“Nak cerita tanah, oh tanah. Orang kaya memang macam itu b*doh. Beli tanah, jual tanah. Ada aset, kumpul aset. Jangan main cakap.

“Kau yang tak pernah buat apa-apa bisnes pasal tanah, tak tahu apa, patut bertanya. Jangan tunjuk pandai, tunjuk hebat. Lepas itu, kau ajak ramai-ramai untuk kondem orang. Kau jangan macam itu, kau relaks saja,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

 

Dalam pada itu, Kak KM menegaskan berkenaan isu solat yang dibangkitkan netizen.

Menurutnya, dia tidak akan berkongsi apa-apa video menerusi platform media sosialnya menunjukkan dia sedang menunaikan solat, kerana usahawan Itu percaya perkara tersebut tidak perlu diketahui umum.

“Kalau engkau nak kaya, bukan pergi tengok ‘feng shui’. Tapi kau pergi buat solat sunat dua rakaat selepas solat Subuh, barulah engkau boleh kaya. Itu yang dia (individu terbabit) cakap. 

“Lepas itu, aku cakaplah, benda itu kau tak payah ajar aku. Kalau aku sembahyang tu, aku memang takkan tunjuk pun. Tapi, aku nak tahu juga, kau ajar tu kau buat tak? Itu yang aku cakap.

“Kau ajar aku suruh solat dua rakaat, solat sunat tu, kau sendiri buat tak? Kau sendiri kaya tak? Aku nak tahu itu sahaja. Bukannya aku cakap, eh engkau buat tapi tak kaya, bukan, bukan itu maksud aku,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

 

 

Written by: Salma