Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Isu Pukul Loca B, Ini Pengakuan Tuju K-Clique

today2 April 2020

Background

Selepas perkongsian beberapa foto dan video menunjukkan anggota badan penyanyi Loca B lebam, teman lelakinya yang juga penyanyi kumpulan hip hop K-Clique Tuju terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar berhubung perkara tersebut.

tuju k-clique pukul loca b

Menurutnya pada 30 Mac 2020, Tuju telah mendapat tahu mengenai status yang dimuat naik oleh individu yang dikenali. Tuju bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lebih lanjut untuk tidak memudaratkan keadaan.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang dikenali dalam industri hiburan tempatan, Tuju menyatakan dia perlu tampil untuk memberi respon terhadap isu itu, namun dia meminta jasa baik pengikutnya untuk bersikap rasional terhadap perkara yang telah berlaku.

“Buat masa ini saya ingin fokus kepada kerjaya saya yang kini dalam proses untuk menghasilkan album solo dan juga lagu bersama dengan K-Clique.”

Dalam pada itu Tuju turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat untuk menyiasat beberapa status yang dimuat naik di media sosial yang berbaur fitnah dan mengaibkan nama dirinya.

 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *