Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isu Shooting Sampai 20 Jam Sehari, Ini Kenyataan Balas Sharnaaz Ahmad

today17 January 2023

Background

Susulan isu penggambaran sehingga 20 jam yang pernah dibangkitkan sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi kenyataan balas selepas ada pihak dilaporkan tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikannya.

Memetik laporan Melodi, Sharnaaz tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati mengenai pendapatnya sebelum ini, malah dia bertegas bahawa isu bayaran bukan ‘tiket’ untuk mengerahkan tenaga para pelakon sesuka hati.

“Peduli pula aku kau puas hati atau tak puas hati apa aku cakap. Kepada director dan produser yang manipulate the story, salahkan artis atau kru datang lambat, itu pendapat mereka.Β  Mereka yang produce sendiri dan mereka yang direct sendiri.

“Benda tu tak salah tapi aku as director dan producer juga, jadi aku faham kerja ni. Aku seorang peakon dan bekerja bersama kru as a family, kau bayar artis bukan tiket untuk kau lenjan orang suka hati, semata-mata kau nak maksimumkan keuntungan kau kepada produksi,” katanya.

Malah, pelakon filem Juvana ini juga menegaskan, tahun 2023 bukanlah tahun di mana para pelakon dikerah dan dijadikan sebagai ‘hamba’ dek kerana mereka telah mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Jangan cerita kat aku berapa kauΒ  dapat, aku tahu. Aku tahu berapa stesen bayar dekat kau untuk satu episod. Aku tahu berapa banyak duration yang kau gunakan untuk satu episod danΒ  it is actually two to three days, kalau kau nak buat duit, kau kena minimumkan kepada dua hari atau satuΒ  hari setengah.

“Bila kau maksimumkan keuntungan kau kepada production side, orang penat dan orang tak boleh perform. Artis datang lambat, kalau artis datang lambat, dia attitude problem, salahkan artis tu. Tak semua artis betul, ada artis yang diva, patut terajang je artis yang diva tu. Tapi kita kena fikir dalam konteks yang lagi besar,Β  kita ni pekerja bukan pada zaman slave.

“Sampai bila kita nak kena hidup dalam kerja selama 21 jam, kau kerja dari pukul 8 pagi habis pukul 1 pagi balik rumah tidur pukul berapa kemudian calltime pukul 8 pagi berapa jam nak tidur? Dan ada juga yang kata gaji kau setimpal? Ya, memang kami layak dapat gaji sebanyak itu, this is industry business, kau kena fikir anda bekerja dengan manusia bukan dengan lembu,” jelasnya.

Meskipun begitu, Sharnaaz memaklumkan, tindakannya ini bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, selain berharap tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak tertentu.

“Ini bukan soal menuding jari, sebab kita ada Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan kita ada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Fungsi dia adalah, untuk memantau dari semua sudut kebajikan dan sebagainya.Β 

“Saya tiada isu dengan FINAS tapi saya mahu FINAS mengambil tindakan untuk masalah ini.Β  2023 jangan bawa perangai 25 tahun dulu. Kita boleh faham 12 jam mungkin tak cukup.

“Aku marah, sebab dah masuk 16-17 tahun dalam industri, nothing change. Bila kita bercakap soal ni banyak yang akan terasa. Yang asalnya pelakon tiba-tiba ada duit sikit buka production tapi anda bakat as a director pun tak ada boleh lenjan artis-artis baru without even ada ‘kepala otak’.Β 

“Aku tak ada lah direct kepada sesiapa, tapi kalau ada yang tak puas hati tu, come and see me,” Ujarnya.

Terdahulu, Β Sharnaaz berang dengan tindakan produksi yang mengamalkan jadual penggambaran tidak menentu sehingga pelakon dan kru kepenatan akibat bekerja lebih masa menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS) miliknya.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Berang Produksi β€˜Bantai’ Kerja 20 Jam Sehari – β€œMacam Mana Mereka Semua Ni Layak Dapat…”

ARTIKEL BERKAITAN:TikTokers Buat Prank B*doh, Ini Respons β€˜Padu’ Sharnaaz Ahmad – β€œAku Dah Tak Lama Dalam Industri, Tapi Kalau Begini Sumpah Sampah!”

ARTIKEL BERKAITAN:β€œAiseh! Sat Lagi Hang Makan Penendang Aku!” – Isu Gelar Suami Dayus, Sharnaaz Ahmad Berang Kenyataan Diputar Belit

Written by: Salma


Previous post