PETALING JAYA: Setiap tindakan dalam menangani isu kalimah Allah tidak boleh berdasarkan emosi agar keadaan tidak memburuk, tegas PKR.
Parti pemerintah itu juga berkata, perbuatan mencari suatu keuntungan daripada isu stoking tertera kalimah Allah itu sebagai tidak wajar.
“Dalam pada pihak berwajib menjalankan siasatan dan akan mengenakan hukuman, majlis pimpinan pusat PKR berpendapat adalah tidak wajar mana-mana pihak menangguk di air yang keruh dan merosakkan lagi keadaan,” kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dalam kenyataan.
“Segala tindakan kita harus berdasarkan undang-undang dan perlembagaan dan bukannya tindakan berdasarkan emosi dan amarah tanpa kawalan hukum perundangan.”
Kenyataan ini menyusuli mesyuarat pimpinan PKR malam tadi, yang mengutuk sekeras-kerasnya sebarang usaha penghinaan terhadap kesucian Islam dan mana-mana agama.
Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google…