PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim, mengkritik ahli akademik beragama Islam yang membisu berhubung reaksi terhadap isu stoking tertera kalimah Allah.
Mengulas reaksi sekitar isu tersebut, Zaid berpandangan perbuatan yang tidak menampilkan sikap penuh belas kasihan sebagai tidak menunjukkan Islam sebenar.
“Malangnya, kita ada ribuan bijak pandai yang gaji dibayar rakyat tetapi membisu. Tidak malukan mereka?” katanya di X (dahulunya Twitter).
Bekas menteri undang-undang itu memuji Tajuddin Rasdi dari Universiti UCSI susulan kenyataan tentang cara Nabi Muhammad berurusan dengan pihak yang menghinanya.
“Saya berbangga kita mempunyai intelektual seperti Tajuddin yang punya kekuatan dan keyakinan seorang Muslim sejati untuk bercakap benar,” kata Zaid.
Tajuddin dan bekas Ahli Parlimen Umno, Tawfik Ismail, membidas majlis kerja tertinggi Umno kerana menyokong…